FAQ

Ice Bars ni apa?

Ice Bars adalah aiskrim berkonsep beku di rumah.

 

Macam Jelly ke?

Ice Bars bukan jelly dan tak mengandungi gelatin atau agar agar. 

 

Macam mana nak bekukan?

Hanya keluarkan Ice Bars dari kotak dan masukkan dalam peti beku selama 12 jam atau sehingga beku.

Kalau nak lebih cepat beku, letakkan di bahagian freezer paling sejuk.

 

Aiskrim boleh post? Tak cair ke?

Pada suhu bilik, Ice Bars memang dalam bentuk cecair. Jadi tak risau rosak apabila di pos.

Ice Bars boleh dipos tanpa perlu ada ais kering dan cooler box macam aiskrim lain.

 

Boleh ke kalau beku, cair dan bekukan balik?

Ice Bars yang beku, dicairkan, dan dibekukan semula selamat untuk dimakan jika tiub Ice Bars belum dikoyak.

 

Ada berapa flavour?

Ada 3 variant –  Strawberi, Markisah Nanas dan Mangga

 

Berapa lama Ice Bars boleh disimpan di suhu bilik?

Ice Bars boleh disimpan selama 12 bulan pada suhu bilik.

 

Ice Bars ada gula tak?

Ice Bars mengandungi gula dari dua sumber iaitu gula semulajadi buah dan dari gula tebu.

 

Kalau perempuan mengandung boleh makan ke?

Ice Bars tidak mengandungi sebarang ramuan yang boleh memudaratkan wanita mengandung.

Namun jika anda ada sebarang alahan atau masalah kesihatan, dinasihatkan untuk rujuk kepada doktor sebelum makan.  

 

Bayi boleh makan ke?

Bayi di bawah usia 6 bulan tidak dinasihatkan makan Ice Bars kerana ia adalah ‘solid food’ atau makanan pejal.

Bayi yang sudah makan solid food dan tidak mempunyai alahan atau masalah kesihatan tiada halangan untuk mencuba Ice Bars.

 

Berapa lama beku?

Tempoh pembekuan yang dicadangkan adalah 12 jam di dalam peti beku yang bersuhu -18 darjah Celsius.

Jika peti beku anda lebih sejuk atau kurang sejuk tempoh pembekuan mungkin berbeza.

 

Kenapa saya masuk dalam freezer tak beku?

Jika Ice Bars tidak beku, pastikan anda telah keluarkan Ice Bars dari kotak.

Letakkan Ice Bars di bahagian freezer yang paling sejuk.

 

Kalau saya nak bekukan dalam kotak je boleh ke?

Boleh tapi sebaiknya keluarkan dari kotak. Sebab bila keluarkan dari kotak boleh susun flat, jadi dia beku lebih kemas.

Kedua, kotak tu penebat suhu yang boleh lambatkan pembekuan. Kalau keluarkan lagi cepat boleh makan!

 

Ada susu tak?

Ice Bars tak mengandungi susu.  Jadi sesuai untuk vegetarian, vegan dan orang yang lactose intolerant.

 

Ada telur tak?

Ice Bars tak mengandungi telur.  Jadi sesuai untuk vegetarian dan vegan.

 

Adakah Ice Bars gluten-free?

Ice Bars tidak mengandungi gandum. Ia bebas gluten.

 

Boleh share ramuan dan fakta nutrisi?

Boleh click link ini untuk menyemak fakta nutrisi dan ramuan

http://www.popsmalaya.com/shop/icebars

 

Berapa kalori Ice Bars?

Strawberry – 32 kalori bersamaan 2 buah aprikot

Passionfruit Pineapple – 32 kalori bersamaan 2 buah aprikot

Mango – 27 kalori bersamaan buah plum

 

Adakah Pops Malaya Ice Bars sesuai untuk orang yang menghidap alahan kepada kekacang?

Ice Bars diproses dalam kilang yang 100% bebas dari kekacang seperti kacang tanah, kacang hazel, badam, gajus dan sebagainya.

Jadi ia selamat dimakan oleh orang yang menghidap alahan kepada kekacang.

ContestShop OnlineMenuOur StoryFAQPengedarContactTerms & Conditions